Tiba-tiba aku rasa macam tak sedap hati pulak. Serius tak pasti sebabnya. Sejak aku jadi kpopers ni, aku rasa aku banyak berubah. Ahh aku takut. Betul aku takut.
Awalnya okay. Then bila lama-lama, aku jadi 'banyak lemak'. Dalam erti kata lain, kurang ajar. mungkin? Bila kawan-kawan dah perkenalkan aku kpop macam-macam. Aku jadi, makin nak tahu and nak tahu. Seboleh-boleh. Lagi-lagi bila dah layan drama and what ever lagi kan. So bila dah ramai artis kpop yang aku kenal, aku akan terus minat, *especially yang lelaki*. And confirm la aku akan banyak-banyak download lagu and gambar diaorang dalam handphone.
Korang paham sendiri, bila dah ada lagu tu dalam handphone, setiap masa aku akan nak dengar lagu tu. Kalau lagu tu buat aku jadi gila, Aku sanggup salin lirik korea yang susah tuu ._. and then aku hafal. Memang dah kemaruk sangat macam tu. Aku pening. Runsing dengan tindakan aku sendiri. Korang tahu.. bila aku blogwalking blog kpopers. Serius aku cakap, aku jadi kelu kot. Rasa macam, hei jelesnya aku. Hanya Tuhan je tahu apa aku rasa waktu tu. Diaorang boleh buat FF, and aku tengah cuba buat. Diaorang buat segmen and join segmen tentang kpop, kay aku join. Diaorang semua pandai buat poster, aku usaha cari tutor pasal buat poster semua tu.
Aku ikut tuto satu persatu, download itu download ini. Agak susah nak ikut tuto kak Nana, sebab sys tak de buat tuto yang asas. Dia hanya buat tuto untuk orang yang dah 'pandai'. Sedih aku. Betul ni aku cakap, aku tak tipu. Aku cuba ikut perkembangan semasa, but sebaliknya lagi banyak aku tertinggal. Haih sedih gilosshh. Aku selalu ikut perkembangan kak Nana, dekat fb, twitter dll lah kan. Tapi satu habuk pun aku tak dapat. Aku sendiri tak paham apa yang dia cuba sampaikan. Macam, ada dance battle antara si pulan dengan si pulan. Terkebil-kebil aku baca komen orang yang tahu semua tu. Ya Allah, ketinggalan betul aku. Bila aku dah baca cm tu, mesti terdetik dalam hati, bila tu? Kat mana? Channel berapa? Ada ulangan tak? Mana nak cari ha? Nak pecah otak jawab soalan ni. Aku tengok remaja sekrang ada tumblr, and aku buat. Apa jadi? Aku tak tahu guna pun. Kerja aku cari gambar je. Memanggg.. urgh -.- damn. Ha tengok la, mulut dah terlepas cakap perkataan tak baik.
Okay, sambung tadi. When aku dah hafal lagu tu, kat rumah aku akan nyanyi. Nyanyian aku walaupun sedap, still parents tak akan suka. Bukan nak cakap besar, pergila tanya neighbour sebelah, dia pun tahu. Dari kecik memang aku suka nyanyi ._. Bilik air dah macam studio .____. And sampailah satu saat tu, cikgu kat sekolah pilih aku masuk pertandingan Tilawah Al Quran. And Alhamdulillah, aku dah sampai ke peringkat kebangsaan. Before before before sampai kebangsaan, aku banyak tempuh dugaan. Banyak sangat. Walaupun umur masih muda, aku tahu semua itu Allah uji and aku redha. Aku banyak penyakit. Banyak. Cuma penyakit nya tak teruk macam kanser or leukimia. Just sakit yang lama, and susah nak sembuh. Dengan sakit aku tu, aku selalu kalah dalam pertandingan. Time aku baca suara aku pecah and tak keluar. Bayangkanlah, tengok sedap-sedap melagukan ayat al-quran, tiba hilang suara time not tinggi. Belum lagi yang tak sampai nafas n terhenti tengah ayat. Aku nangis.
And parents tak suka aku minat kpop. Parents tak halang cuma tak berapa suka ._. Kay aku paham. Parents tak pernah marah aku tengok drama korea. Tak marah aku post banyak-banyak gambar korea kat facebook. Cuma, aku tak boleh tengok perfomance artist kpop dekat tv depan ayah aku. Aku pun tak pernah buat. Aku akan naik atas, bukak tv lagi satu. Tak pernah kacau ayah aku buat tv al hijrah atau HBO. Balik surau, ayah aku akan baca wirid panjang and macam-macamlah. Lama la, sampai isyak. Dalam waktu tu, aku tak boleh dengar lagu, nanyi lagu. Aku kena hormat ayah aku beribadah. Setiap hujung minggu, akan ada ustaz dtg rumah mengajar, and pastinya ramai penduduk akan dtg dengar sekali :) Hari sabtu, aku n family akan gi Kuliah agama di Baitul Qura, disampaikan oleh ulama' terkenal, Sheikh Nuruddin Al Banjari Al Makki. Macam tu lah cara parents aku didik aku and adik-adik. And ada perubahan bila aku dah minat KPOP. Aku jadi solat lambat, mandi lambat, and semuanya tak kenalah! Dengar lagu lagi banyak dari baca Qur'an. Ada masa tu, ayah aku cakap dia tak nak letak wifi lagi kat rumah, and laptop akan dirampas. Huh! Tapi nasib baik dia belum buat lagi.
Kalau aku tengok group lelaki yang perfome atas pentas, tak mengapa. Tapi tak boleh group perempuan, sangat pantang. Sebab diaorang separuh bogel. Pakai seluar tapi terlalu pendek. Dah macam apa dah. At least pakai seluar jean panjang. Jarang aku nak jumpa macam tu -.-
Mak aku akan cakap, jangan terlalu taksub dengan korea. Dia kafir. Jangan puja-puja dia. Dia akan ke neraka nanti. Okay, aku faham semua tu. Aku cuma tengok and dengar sebagai diaorang punya fan.
And sekarang, aku rasa cam.. Heish. Rasa diri aku ni teruk. Ada manfaatnya jugak kalau kreatif buat poster macam orang lain. Mak aku pernah tengok poster Sys Nana, and mak aku puji. Dia kata lawa and kreatif. Sekarang aku tahu, aku lain. Orang lain tu lain. Aku tak boleh nak terus-menerus tiru orang. Tak baik kan. Lagi-lagi diaorang dah tulis, 'haram laknatullah', 'haram dunia akhirat' , buat aku gerun and tak berani nak copy paste. Act bagus diaorang baut cm tu, biar orang tak boleh nak tiru sebijik sebijik, sesuka hati.
Aku fikir aku akan lupakan kpop bila masuk asrama. And harapnya tak sebab hujung minggu dan can. Heh. Thanks sangat buat orang yang dah baca entry ni.