Tiba-tiba aku rasa macam tak sedap hati pulak. Serius tak pasti sebabnya. Sejak aku jadi kpopers ni, aku rasa aku banyak berubah. Ahh aku takut. Betul aku takut.
Awalnya okay. Then bila lama-lama, aku jadi 'banyak lemak'. Dalam erti kata lain, kurang ajar. mungkin? Bila kawan-kawan dah perkenalkan aku kpop macam-macam. Aku jadi, makin nak tahu and nak tahu. Seboleh-boleh. Lagi-lagi bila dah layan drama and what ever lagi kan. So bila dah ramai artis kpop yang aku kenal, aku akan terus minat, *especially yang lelaki*. And confirm la aku akan banyak-banyak download lagu and gambar diaorang dalam handphone.
Korang paham sendiri, bila dah ada lagu tu dalam handphone, setiap masa aku akan nak dengar lagu tu. Kalau lagu tu buat aku jadi gila, Aku sanggup salin lirik korea yang susah tuu ._. and then aku hafal. Memang dah kemaruk sangat macam tu. Aku pening. Runsing dengan tindakan aku sendiri. Korang tahu.. bila aku blogwalking blog kpopers. Serius aku cakap, aku jadi kelu kot. Rasa macam, hei jelesnya aku. Hanya Tuhan je tahu apa aku rasa waktu tu. Diaorang boleh buat FF, and aku tengah cuba buat. Diaorang buat segmen and join segmen tentang kpop, kay aku join. Diaorang semua pandai buat poster, aku usaha cari tutor pasal buat poster semua tu.
Aku ikut tuto satu persatu, download itu download ini. Agak susah nak ikut tuto kak Nana, sebab sys tak de buat tuto yang asas. Dia hanya buat tuto untuk orang yang dah 'pandai'. Sedih aku. Betul ni aku cakap, aku tak tipu. Aku cuba ikut perkembangan semasa, but sebaliknya lagi banyak aku tertinggal. Haih sedih gilosshh. Aku selalu ikut perkembangan kak Nana, dekat fb, twitter dll lah kan. Tapi satu habuk pun aku tak dapat. Aku sendiri tak paham apa yang dia cuba sampaikan. Macam, ada dance battle antara si pulan dengan si pulan. Terkebil-kebil aku baca komen orang yang tahu semua tu. Ya Allah, ketinggalan betul aku. Bila aku dah baca cm tu, mesti terdetik dalam hati, bila tu? Kat mana? Channel berapa? Ada ulangan tak? Mana nak cari ha? Nak pecah otak jawab soalan ni. Aku tengok remaja sekrang ada tumblr, and aku buat. Apa jadi? Aku tak tahu guna pun. Kerja aku cari gambar je. Memanggg.. urgh -.- damn. Ha tengok la, mulut dah terlepas cakap perkataan tak baik.
Okay, sambung tadi. When aku dah hafal lagu tu, kat rumah aku akan nyanyi. Nyanyian aku walaupun sedap, still parents tak akan suka. Bukan nak cakap besar, pergila tanya neighbour sebelah, dia pun tahu. Dari kecik memang aku suka nyanyi ._. Bilik air dah macam studio .____. And sampailah satu saat tu, cikgu kat sekolah pilih aku masuk pertandingan Tilawah Al Quran. And Alhamdulillah, aku dah sampai ke peringkat kebangsaan. Before before before sampai kebangsaan, aku banyak tempuh dugaan. Banyak sangat. Walaupun umur masih muda, aku tahu semua itu Allah uji and aku redha. Aku banyak penyakit. Banyak. Cuma penyakit nya tak teruk macam kanser or leukimia. Just sakit yang lama, and susah nak sembuh. Dengan sakit aku tu, aku selalu kalah dalam pertandingan. Time aku baca suara aku pecah and tak keluar. Bayangkanlah, tengok sedap-sedap melagukan ayat al-quran, tiba hilang suara time not tinggi. Belum lagi yang tak sampai nafas n terhenti tengah ayat. Aku nangis.
And parents tak suka aku minat kpop. Parents tak halang cuma tak berapa suka ._. Kay aku paham. Parents tak pernah marah aku tengok drama korea. Tak marah aku post banyak-banyak gambar korea kat facebook. Cuma, aku tak boleh tengok perfomance artist kpop dekat tv depan ayah aku. Aku pun tak pernah buat. Aku akan naik atas, bukak tv lagi satu. Tak pernah kacau ayah aku buat tv al hijrah atau HBO. Balik surau, ayah aku akan baca wirid panjang and macam-macamlah. Lama la, sampai isyak. Dalam waktu tu, aku tak boleh dengar lagu, nanyi lagu. Aku kena hormat ayah aku beribadah. Setiap hujung minggu, akan ada ustaz dtg rumah mengajar, and pastinya ramai penduduk akan dtg dengar sekali :) Hari sabtu, aku n family akan gi Kuliah agama di Baitul Qura, disampaikan oleh ulama' terkenal, Sheikh Nuruddin Al Banjari Al Makki. Macam tu lah cara parents aku didik aku and adik-adik. And ada perubahan bila aku dah minat KPOP. Aku jadi solat lambat, mandi lambat, and semuanya tak kenalah! Dengar lagu lagi banyak dari baca Qur'an. Ada masa tu, ayah aku cakap dia tak nak letak wifi lagi kat rumah, and laptop akan dirampas. Huh! Tapi nasib baik dia belum buat lagi.
Kalau aku tengok group lelaki yang perfome atas pentas, tak mengapa. Tapi tak boleh group perempuan, sangat pantang. Sebab diaorang separuh bogel. Pakai seluar tapi terlalu pendek. Dah macam apa dah. At least pakai seluar jean panjang. Jarang aku nak jumpa macam tu -.-
Mak aku akan cakap, jangan terlalu taksub dengan korea. Dia kafir. Jangan puja-puja dia. Dia akan ke neraka nanti. Okay, aku faham semua tu. Aku cuma tengok and dengar sebagai diaorang punya fan.
And sekarang, aku rasa cam.. Heish. Rasa diri aku ni teruk. Ada manfaatnya jugak kalau kreatif buat poster macam orang lain. Mak aku pernah tengok poster Sys Nana, and mak aku puji. Dia kata lawa and kreatif. Sekarang aku tahu, aku lain. Orang lain tu lain. Aku tak boleh nak terus-menerus tiru orang. Tak baik kan. Lagi-lagi diaorang dah tulis, 'haram laknatullah', 'haram dunia akhirat' , buat aku gerun and tak berani nak copy paste. Act bagus diaorang baut cm tu, biar orang tak boleh nak tiru sebijik sebijik, sesuka hati.
Aku fikir aku akan lupakan kpop bila masuk asrama. And harapnya tak sebab hujung minggu dan can. Heh. Thanks sangat buat orang yang dah baca entry ni.
Okay, hari ni aku akan join segmen ini pulak. Tetiba aku rajin pulak bila keluar perihal K-POP. Dari malas terus jadi rajin. Huh! Aku tak de mood nak edit blog. MALAS. So, harapnya Unnie Amni tak terkejut tengok blog aku ni yang berserabut. Buruk kay.
Actually, aku dah pernah join segmen untuk Kpopers cenggini. Cuma yang haritu punya, lain sikit. Pasal OTP. Agak susah jugak le. Sebab tak banyak couple yang aku kenal. Kenal gitu-gitu. And soalan pun macam nak soh kita korek dalam-dalam tentang OTP tu. Disebabkan masa tu RAJIN nak cari-cari, so berjaya jugak siapkan dengan 20 soalan. Hmm. Dan segmen yang ni pulak, senang :) Oh, gomawo Unnie Amni and Dalilah!
Kalau nak join, klik dekat 'Join Segmen' atas gambar ni okay? Thanks ;)
Now, amira akan terus jawab 15 soalan yang diberikan.
1. Bila korang mula minat KPOP?
Okay. Aku minat KPOP sejak tahun lepas. Tarikh and something yang sewaktu dengannya, Aku tak ingat. So sorry. Actually, awalnya Aku bukan Kpop Lover and bukan jugak Kpop Hater. Dua-dua pun tak. Budak lelaki and budak perempuan yang kecoh pasal KPOP dekat sekolah, langsung Aku tak tahu. Bila diaorang sebut-sebut nama, Aku cuma terbayang ; yang pasti diaorang tu putih, tak de jerawat. Lol. Sampailah satu saat ni, Aku jenguk blog kawan Aku. Dia post about KPOP. Tengok gambar-gambar, serious melting! Pertama kali tengok kot. Memang terusss.. Oh my god ! Oh my god ! Handsome weii. Cute weii. Haha camtulah Aku cakap sambil tepuk-tepuk adik kat sebelah. Sejak tu, Aku jadi Kpop Lovers dan banyak baca Fanfic. *Sorry cerita banyak -.-
2. Bias korang yang pertama korang minat siapa?
Luhan. Entah, dia orang pertama yang aku jumpa, and orang pertama yang buat aku jadi gila dan tak keruan. Lol
3. Korang ada berapa bias?
Berapa banyak? Hingga saat ini, terlampau banyak beb. Banyak sangat. Semuanya minat. Haha. Tak semua pun. Cuma bila fikir tentang bilangan bias, memang banyakk. Tak tahu berapa. Kira-kira hampir seratus. Lol aku tak tahu -.-
4. Top 3 bias korang siapa?
Okay. Yang ni suka nak cakap. First, Luhan. Second, Myungsoo and third is Minho. Aku memang sayang gila-gila kat diaorang. Sebenarnya, ada yang lagi aku minat lebih dari bias ketiga. Cuma aku tak tahu sangat pasal 'dia'. Yang aku senaraikan top 3 ni, adalah yang aku tahu sifat and sikap diaorang macam mana when dalam kumpulan. Okay Lol
5. Kenapa korang minat dia?
Ohh, susah nak cakap. Tapi kena cakap jugak. Kenapa? Okay banyak sebab. Hikhok. Luhan. Aku tak boleh nak terangkan kenapa. Nampak muka dia, okay rasa macam nak pengsan. Pengsan kay, pengsan -..- Memanggg.. Eh, aku tak tahu la!. Jawapan ni paling jujur aku bagi. Luhan ada tarikan dia yang tersendiri. Myungsoo. Myungsoo bagi aku dia special. Something yang orang lain tak de. Aku pun tak tahu apa benda yang aku maksudkan dengan 'something'. Ini pun aku susah nak jelaskan. Dia unik la. Unik. Yeah, aku suka cara dia. Last, Minho. Sebabnya, dia handsome and smart. ^^v
6. Macam mana boleh minat dia?
Luhan time baca kat blog chinggu aku tu. Hikhik. Myungsoo, start aku baca fanfic pasal Myungsoo, terus je minat. *Jawapan aku memang dahsyat* Minho, bila tengok ke-smart-tannya tu kat To the beautiful you. Dia memanggg.. Oh My God! Aku rasa macam aku dah jumpa Prince Charming aku bila tengok muka Minho.
7. Gambar bias korang yang PALING korang suka?
PALING yang dimaksudkan di sini, untuk aku ada dua. Haha. Aku rasa macam nak masukkan lagi gambar bias yang lain. Yheah! Mianhaeyo Unnie Amni :(
I dont know why. I love his eyes, his lips and his smile ;) Omo!
kyeopta !
Senyuman dia..
Unnie Amni and Dalilah, cheonmal mianhae! Susahkan akak. Sorry jugak sebab saya tak reti nak faham kehendak soalan ;'( sedih.
8. Suara bias korang dalam lagu/cerita apa yang paling korang suka?
Luhan. I love his voice dalam lagu What is love. Gabungan suara dia dengan Chen, wahh mantap gitu. Eceh! Myungsoo. Semua lagu aku suka. Eheh, sorry tak tahu pun lagu mana yang suara dia mantap. Krik Krik. Minho, dalam cerita yang sama. To the beautiful You. :)
9. Apa yang special pasal bias korang tu?
Kay. Luhan, dia adalah yang paling comel dalam EXO M. Hee, bagi aku la. Dia memang comel what. Orang gelar dia pun Babylulu, macam header aku tu kan. Ha, gedabak gambar dia, kasi letak kat header. Gaya and cara dia yang lembut and manja, aku tertarik. Myungsoo pulak, dia memang semula jadi special. Sebab perwatakan dia akan berubah bila dia digelar or dipanggil Myungsoo. Dia L. Barulah dia rasa dia jantan. Means gagah la. Adoi susah nak terangkan. Maksudnya, bila dia dengan nama L dia jadi smart and garang bila perfome. *harap korang faham apa yang cuba aku sampaikan --' And Minho. Dia matured. Dia nampak macam 'abang' dalam Shinee. Bagi aku la. -.-
10. Group KPOP mana yang korang paling minat sekarang?
Super Junior. *sorry lari dari group bias*
11. Music video KPOP yang paling korang minat apa? Nyatakan sebab.
Paling aku minat, EXO MAMA. Sama je kan EXO K n M. tak de beza. Aku suka music video tu sebab .. bila aku bukak je video tu, macam suspen tahu tak. Dengan music dia lagi, macam ala-ala cerita thriller. Dia punya joget and background pun sama macam tu. Ops, not joget. Dance. Yeah dance. Hehe. Yang pasti, memang aku suka music video MAMA.
12. Korang pernah tak pergi showcase/konsert diaorang?
Dengan sedih mengatakan, TIDAK. Sedih siot. Memang aku buat sujud syukur kalau parents kasik. Biasanya showcase diaorang kat KL, and aku stay muar. Jauh. Mama akan cakap macam ni "Buat apa pergi konsert orang kafir" -.- *terima seadanya.
13. Album KPOP yang korang ada sekarang?
EXO
14. Kalau korang diberi peluang untuk ke Korea..bias mana yang korang nak jumpa dulu?
Aku nak jumpa Luhan dulu. Kemuadian baru lah yang seterusnya. Aku nak ajak dia tengok wayang. *mimpi* kalau ikutkan, aku nak jumpa G-D. Sebab BIGBANG paling popular and dahsyat kan? Tapi disebab kan ada word 'bias', so Luhan adalah jawapan yang tepat ;)
15. Andai kata 3 ultimate bias korang tu baca post ni.. apa ucapan korang untuk dia?
Jagiya, cheonmal gomawo sebab dah jadi yang terbaik di mata aku. Aku bersyukur sebab dapat kenal korang, walaupun korang tak kenal aku -.- Korang dah buat aku tak tidur malam, tak makan and anything sebab fikirkan pasal korang. Tolong jaga diri. Buat yang lagi hebat bila perfome. Aku antara fan kauorang, sayang korang gila-gila. Hopefully, korang berjaya and group korang dapat bertahan lama :) *Sorry la sebab ayat ni kerek banyak. Bila menaip, rasa sebak and rasa macam tulis surat untuk anak. Tapi bila kali kedua, rasa bajet pulak. HEHE*
Thanks a lot Unnie Amni and Unnie Dalilah for organized this segment. Sejuta kemaafan kalau ada tergedik. Percayalah, jawapan ni yang terbaik buat Unnie berdua. Saya tersenyum je bila menaip ;) Ada apa-apa segmen lagi, bagitahu okay. Gomasimnida :)
Ahhh, kyeopta! Luhan aku punya kay. Aku punya. Aku punya! Tapi kalau ada orang nak pun takpe =.=
Actually aku kenal dia dah lama jugak ah. Hehe. Dia pun kenal aku. Kiteorang selalu skype tiap-tiap malam. Lol. Kiteorang dah bersama hampir satu tahun *melampau Korang nak tahu, kadang-kadang dia akan bawa kawan-kawan dia (EXO) datang rumah aku. Haha. Best gila. Rugi awak takde aisyah ! Nanti lain kali minggu depan mungkin, kita call awak soh datang ^.^ Hikhok.
Suatu hari, aku bukak blog Aisyah. Nak tengok-tengok, okay tak aku edit kan blog Aisyah. Edit je okay. Bukan mencantikkan. Sebab aku tak pandai nak cantik-cantikkan ni guna citarasa diaorang. Diaorang sendiri kena edit macam mana rupa blog yang diaorang nak. Ada lagi blog orang yang aku kena edit. Uhh malasnyaaa -.- Tapi terpaksa la buat jugak, sebab dia dah minta tolong kan. Takkan nak tolak pulak. Memang tak patut la ._. Eh jauh pulak aku cakap pasal blog. Okay-okay.
Pastu aku baca la entry Aisyah. Entry yang kedua tak silap aku. Aku memang suka baca entry orang. Lagi-lagi bila first time bukak. Okay. time aku bukak tu, aku bukan kpop lover. Bukan bukan dan bukan. Langsung tak. Time tu jugak saudara-mara aku pun sibuk dengan BIGBANG diaorang tu. Bila balik kampung, aku je rasa paaallliiiinnnggg ketinggalan wei. Diaorang suka bukak lagu BIGBANG kuat-kuat, walaupun bila aku dengar macam best, tapi ianya belum jadikan aku kpop lover.
Dalam entry Aisyah, Aisyah tak tulis banyak. Tapi Aisyah post gambar orang bergerak. HIKHIK And esoknya barulah aku tahu benda alah tu dari 'we heart it'. Aku tengok satu persatu, satu hapah aku tak kenal. Cuma rasa nak baca je masa tu. Okay, sampai lahhh ke gambar Baby LULU. Time tu tak de perasaan pun tengok gambar tu, lagi2 benda bergerak tu hah. Okay, lama kelamaan, aku rasa nak baca lagi entry Aisyah tu. Entah apa kena dengan aku, aku pun pelik. Ada macam tarikan tauu. cehh. Dekat sekolah, aku tanya Aisyah LU HAN dari kump mana. So, Aisyah jawablah EXO. Aku balik je rumah, aku terus search LU HAN EXO. Okay, start dari tu jugak aku tahu kemunculan EXO K and EXO M. Aku banyak jugak search dekat youtube. First lagu dia yang aku tengok, ialah MAMA. Tengok video dia + lagu tu, rasa wahhh dahsyat nyaa. Terus aku jadi kpop lover.
Semuanya disebabkan Aisyah. Thanks Aisyah. Love you so muchhh muchhh :* Okay, bermulalah kehidupan aku sebagai KPOP LOVER and EXOTIC. Aku bukak facebook, wahh ramai yang post KPOP. Super Junior, BIGBANG aku tak jakun bila nampak. And tak berapa nak kisah. Tapi bila nama-nama pelik yang keluar, SHINee, Nu'est, B1A4 etc la kan, time tu tak de orang lain yang post cam tu melainkan AISYAH. HEHE. Well, Aisyah senior aku dalam bab-bab macam ni. N then aku tengok orang lain pun macam-macam lagi. Aku rasa jeles! Rasa jeles gila. Sebab aku tahu cuma EXO je. Haha memang kelakar masa tu. Aku pun teruslah cari kat google. Banyak gila aku search. Aku memang bersungguh-sungguh. Dan kump perempuan yang aku jumpa, T-ARA dan SNSD. Aku dari dulu memang dah suka lagu T-ARA cuma SNSD kureng sikit.
Lama kelamaan, aku teruskan hidup aku sebagai Kpop Lover. And Alhamdulillah, aku banyak kenal artist-artist kpop. Okay, aku tak pernah tengok drama korea. Suatu hari, aku jumpa gamba yang dipost oleh page EXO di facebook. Ada gamba Luhan dalam tu, automatik aku tertarik. Pastu dia ada tulis 'To the beautiful you'. Apalagi, aku pun cari kat utube. Tengok episode satu. Aku tanya aisyah tentang cerita ni. "Tak rugi awk tengok" so aku pun teruskan menonton cerita ni. And Aisyah bagitahu jugak cerita ni ada kat channel 393. Setiap hari rabu n khamis, aku memang dah sedia nak tengok cerita ni dengan adik-adik aku. Habis je cerita ni, aku mulalah tengok cerita, My daughter the flower, smile mommy, running man, star king etc.
Bila dah lama sikit aku kenal LUHAN, aku contact dia. CONTACT okay. Aku tahu, aku nak call dia mahal la kot luar negara. So, kiteorang skype jelah kan. Ohh, time tu aku benar-benar cair sebab dia comel sangat. Untung kalau dia abang aku. Bila dia perfome kat MALAYSIA je, dia akan datang rumah aku. Haha. Bab cara berinteraksi tu takpayah la cakap. Aku ada sedara belajar kat korea, so dialah tukang rapatkan hubungan aku dengan BABYLULU. Masa tu jugak, Aisyah banyak ajar aku perkara asas bahasa korea. Aku tahulah sikit-sikit.
Sampailah keluar cerita HunHan couple di facebook, aku lagi la melompat! Suka gila, sebab aku pun minat Sehun masa tu, cuma tak de siapa tahu. Yang orang tahu, aku minat Baekhyun, Suho, D.O and Lay. Tapi aku tak nak mention Baekhyun banyak2 kat facebook, sebab nanti mesti Syafiqah marah aku. Dia akan cakap macam2 nanti. So aku malas nak cari gaduh walaupun aku tahu tu hak aku. Aku cuma minat biasa2 je, tak sampai minat macam kat LUHAN ni ahh. Sebab dia cinta pertama aku beb. Krik krik Krik Krik
Jadi, sampai hari ni lah aku masih berhubung dengan My babyLuhan. ececehhh. Aku tak kisah pun kalau ade orang minat LUHAN ni ah, sebab kita semua kan cuma FAN je, dah ramai kot yang guna ayat 'He is MINE'. Semuanya pada artist sendiri. Apa apa pun, LUHAN AKU PUNYA!
Eh, hujung minggu ni aku nak gi tengok wayang dengan Luhan and Lay. Tak sabarnya!!
Firstly, arghhh rindu nak tengok NADA CINTA weiii. Tersangat dah. Kali ini cerita CINTA BERSEMI DI PUTIH ABU-ABU. Tajuk pun dah buat muka aku tak ubah macam nenek. Sebab pelik. Sejujurnya, aku faham CINTA BERSEMI je, yang lain aku tak paham.
Okay. Tak mau buang masa memandangkan adik aku asik membebel je. Kacau line betul! Aku dah edit banyak dia punya blog, dia tak boleh langsung nak fahanm or tolak ansur dengan aku. :3
ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLAH, segala puji hanya Untuk Allah. Aku gembira sangat sebab impian aku dah jadi kenyataan. Hish! Memang susah nak tafsirkan bagaimana gembiranya dalam hati. sangat! Mungkin dulu, aku menangis dengan result UPSR aku. Tapi sekarang. TAK LAGI ! okay? TAK LAGI ! Okay thanks. Sekarang mesti kau dah faham sebab aku rasa dah cukup besar dah font size tu, siap bold lagi biar kasi terang, jelas dan nyata. Well, aku sayang kawan-kawan aku. Takkan aku nak biarkan kawan aku yang rabun tak dapat baca kan? Hewhew. Minta ampun minta maaf zahir batin jiwa raga cakap sebarang and sakitkan hati korang sebab font size ni kejap kecik kejap besar. :/
Okay lah okay lah, aku takkan main-main lagi. Aku akan straight cakap apa yang patut aku cakap. *bukan cakap tapi tulis* Actually, aku sangat tak sangka perkara ni akan berlaku. Sangat sangat sangat sangat tak sangka. Memang betul-betul di luar jangkaan aku. Ahhh susah betul nak cakap sejauh mana 'tak sangka' aku tu, tapi yang pasti, memang sejuta kali tak sangka. Hanya Aku dan Allah sahaja yang tahu :') Ketika itu aku rasa bagai terawang-awang di udara. Huh! Sungguh nyaman.. Lepastu aku terbang .. terbang .. dan terbang lagi macam burung yang baru bebas dari penjara sangkarnya. Aku rasa amat bersyukur dan ber-'thanks a lot' dengan Allah di atas rezeki yang dah Allah kurniakan.
Dulu, bila aku rasa sedih dengan result aku, aku akan memotivasikan diri aku sendiri. Sungguh aku tak perlukan khidmat nasihat dari sesiapa pun. Aku rasa aku dah cukup 'matang' untuk menyelesaikan masalah sendiri. *Ya, aku tahu ayat 'matang' aku tu memang kerekk -.-* Aku selalu berkata-kata sendirian. Lepastu, aku akan buat memek muka gedik gila nak mampus meninggal. betul-betul buat orang cukup menyampah dengan 'kegedikan' aku tu. Tak caya, tanyalah adik aku. Adik aku faham situasi aku tu tapi kadang-kadang dia ejek jugak -.-
Aku rasa, tak perlu tak wajar tak harus tak patut lahhh aku bagitahu motivasi apa yang aku buat sampai tak terkesan sedikit pun dalam hati aku. Yang aku tahu, masa terima result aku memang mabuk gila COOL. Aku nangis pun sekejap je. Tapi....
Tapi....
Tapi........
Bila mak aku yang Nangis, aku rasa macam nak bunuh diri. Hati bagai dihiris-hiris. Sakit sangat rasanya. Entah. Entahlahh. Aku tak tahu perkara-perkara yang melibatkan mak bapak ni memang gila aku amik berat. Aku tak suka main-main. Aku terlampau fokus dengan serius dengan benda macam ni. So, aku macam dapat rasa apa yang mak aku rasa. Automatik, barulah aku rasa menyesal gila babeng. Aku tak menyesal dengan UPSR aku, tapi aku rasa sesal sebab dah buat mak aku macam tu. Kejadian ni benar-benar memberi kesan dalam hidupku. Sangat..
Aku memang pelik giloossshhhh masa tu, aku tak rasa menyesal UPSR walau sezarah. Tak menyesal dengan result tu. Time tu aku rasabangga gila sebab taktik aku selama ni berjaya. Korang mesti nak tahu kan, apa taktik aku. Hahaaaaa. Ketawa kuat kuat kuat kuat!!!!!
Okay, cenggini. Sebelum peksa lagi, aku memang sangat tertekan dengan diri aku sendiri. Aku selalu online main facebook, selalu tak dengar cakap mama soh berhenti facebook, tapi kekadang bagi jugak -_- Tapi dalam masa yang sama, aku betul-betul nak belajar. Niat tu ada, tapi perbuatannya yang hampeh. Aku memang belajar, cuma sikit. Tak cukup. Bermain melebihi segalanya. Dah nak hampir-hampir, baru aku nak ulangkaji. Aku tahu, aku memang teruk. Tujuan aku tulis perkara ni pun nak soh budak darjah 6 tahun depan tak jadi macam aku. Korang akan menyesal .. percayalah.. tapi aku tak.. HAHA sebab aku ada taktik.
Taktik aku ialah.. aku selalu risau dengan UPSR aku. Macam aku mangsa SPM je gamaknya. memang langsung tak tentu arah. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena n dll -.- Semuanya pasal dia! UPSR! *Memang tak ubah cam orang jatuh cinta* Aku naik bas , aku terfikir. Aku gi kedai, aku terfikir. Di mana2 aku berada, memang UPSR melekat dalam otak. memang dahsyat betul kuasa sihir UPSR. Sampai aku boleh jadi macam orang kena sawan. Sejak dari tu..
Aku tanamkan dalam diri, aku letakkan tapak tangan kat dada, aku pejamkan mata. "Apapun keputusannya kau kena redha dan ikhlas. Bersyukurlahhh.." Aku teringat je, aku akan cakap ayat taktik ni dengan tenang dan yakin. Mula dari itu, selepas sahaja tamat exam, aku letak sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada ALLAH. aku serahkan segalanya. Aku dah niat jugak, kalau aku tak dapat 5A sekalipun, aku kena bersyukur. Sebab apa yang Allah rancang, adalah yang terbaik buat kita. Disebabkan benda ni dah berdamping dalam tubuh aku. Cewahhhh :P aku akan sentiasa tersenyum.
Hinggalah keputusan keluar, aku masih TERSENYUM dengan IzinNya. Benar-benar, semua atas kuasaNya.
KITA NI MANUSIA BIASA. KITA KENA YAKIN DENGAN ALLAH. HIDUP ADA NAIK TURUNNYA. JIKA MUNGKIN KALI INI KITA DIBAWAH, SUATU MASA ALLAH AKAN GANTIKAN DENGAN YANG LEBIH BESAR, CUMA BUKAN SEKARANG. JIKA KITA DAH BERUSAHA, TAPI MASIH TAK DAPAT APA YANG DIINGINKAN, PERCAYALAH PASTI ADA SAHAM DI AKHIRAT.
aku bersyukur dan bangga dengan result aku, 4A. Aku anggap 4A tu macam 11A tahu tak! Haha. pikir SPM pulakk. Maklumlah, tahun ni ramai ukhtie aku SPM. Buat kak Najwa, Kak Mas, Kak Wafi, Zaki juga Hazim, semoga tercapai apa yang diimpi. (kenalan aku semasa di peringkat kebangsaan) Jujur aku katakan, aku bukan penceramah. Aku cuma beri apa yang termampu melalui pengalaman sendiri. Terima kasih banyak banyak banyak sebab sudi baca.
Alhamdulillah :) Doakan aku dapat jadi pelajar MAAHAD MUAR.
Assalamualaikum and Annyeong haseyo. Amira imnida. Okay, ini merupakan first time aku join segmen. So, agak berdebar jugak laa -.- . Lagi-lagi segmen yang unik sikit cenggini memang aku tak berapa nak pandai sangat. But never mind! I'll try the best ^^v
1. HunHan - Sejak tengok betapa rapatnya diaorang and time tu banyak keluar HunHan couple
2. Baekyeol - Sejak aku minat EXO-K. lol
3. Kaisoo - Ini pun mungkin jawapan yang sama. Sejak aku minat EXO-K and tengok diaorg rapat semacam -.-
4. Khuntoria - Sejak tengok diaorang berlakon sama-sama. Sesuai je diaorang. lol
5. MinYul - Sejak aku minat Shinee. And sekaligus dapat tahu keserasian diaorang
6. Goguma - Sejak tengok cerita Goguma Couple
7. Adam Couple - Sejak tengok WGM
8. Heedragon - Sejak aku saja2 search G-D tetiba lak keluar HeeDragon couple. Lol
9. Taeteuk - Sejak dapat tengok gambar yang dipost di facebook. Lol keke.
10. Minsul - Sejak tengok drama To The Beautiful You
2. Why you ship OTP #3 ?
Sebab diaorang nampak serasi gila. Bila aku perhatikan Kai selalu dengan D.O :P Serious okay aku cakap. Memang. Tak caya tengok sendiri. Lol
3. Have you ever read a fanfiction of OTP #9 ? If you have, insert link.
Belum pernah lagi.
4. Give two words to describe OTP #2.
Cool, cute
5. Out of all OTP listed, which OTP has the most chemistry?
HunHan
6. What is similarities between OTP #4?
Hmm? Susah jugak nak pikirkan persamaan. Entah. Aku tak tahu. Yang aku tahu, diaorang suka sangat amik gambar sama-sama. Ahh, sweet weiii.
7. Why is OTP #1 so important?
Satunya mungkin sebab diaorang dalam satu team yang sama. So, boleh rapatkan hubungan. Cewahhh. Lol. Diaorang memang penting sebab diaorang memang gila cute bersama. Lol lagi -.-
8. Insert a video of OTP #5 moments.
9. Which OTP do you think have the most hate?
Tak ada. Lol
10. What is your hope in OTP #6?
Harap hubungan diaorang kekal. Lol
11. What would your name the OTP #7's children?
Gainwon. Puhh, kelakar kot.
12. Who is the barricade of your OTP #1 ? Why ?
Orang yang tak suka. Eh, entahlah. Aku confuse sikit laa =..=
13. Have your OTP #10 show up in the same variety show ?
Rasanya pernah. Tapi tak berapa pasti la pulak -..-
14. Have you ever think to leave OTP #8?
Tidak akan.
15. In your OTP #3, who is the husband and wife?
Kai husband and D.O wife. Sebab Kai nampak lebih matang sikit muka dia berbanding D.O yang cute. Aku yakin Kai akan jadi husband yang terbaik. Oh my goshhh. Lol
16. Have you ever hate OTP #4 before shipping them? Why?
Tak.
17. What would you reply if someone said, Your OTP are just delusion. Stop shipping them, pabo." about your OTP #1?
"Bukan khayalan tapi kenyataan"
18. Have OTP #7 talk about each other? Insert the video or just story about it.
Aku tak tahu tapi rasanya tak ada. Aku tak kenal sangat diaorang ni, kenal gitu-gitu je. Hikhok
19. What is the most excited rumor about OTP #2?
khabar angin? huh. aku pun tak tahu. Lol khabar angin yang paling best bila kat facebook dah kecoh Baekyeol couple. Lagipun diaorang kan satu kumpulan :)
20. Why people should ship OTP #5?
Memang patut ship sebab diaorang memang merpati sejoli! Minho kacak and Yuri cantik :)