Saturday, 10 November 2012
A Thousand Years
Assalamualaikum and Annyeong!
Kali ni, aku nak cerita tentang semalam punya cerita. Malam semalam. Apa yang terjadi kat aku? Ya, sebelum tidur ada sesuatu terjadi. Tak sabar nak tahu? Huhu. Tak delah besar sangat. Perkara kecil je. Tapi memang aku nak kongsikan pada semua orang. Aku jugak nak kawan-kawan aku baca entry aku ni. Sebelum tu, aku cakap awal-awal kat sini, aku guna 'kita' sebagai pengganti diri. Harap tak dalah yang menilai aku ni gedik, okay? Gomawo.
I Love You for a thousand years. Malam tadi, kita dengar lagu A Thousand Years sebelum tidur. Kita tak nak dengar lagu korea yang rancak-rancak tu. Baik kita tenangkan diri dengan lagu tu. Sambil kita dengar lagu tu, tangan kita ni tak boleh duduk diam main-main kat screen phone kita tu. Kita nampak gallery (tempat simpan gambar), kita tekan kat situ. Kita bukak folder yang pertama. Ada gambar kawan-kawan kita. Kita tatap gambar Aisyah, Ily, Maisarah, Athirah dan kawan-kawan yang lain. Kita renung lama gambar tu. Sangat lama. Lepas tu tiba-tiba keluar warna hitam kat handphone. Maka gambar tu pun lesap. Kita tersentak. Kita bukak balik gambar tu. Dan pada masa tu, barulah kita sedar air mata kita jatuh.
Kita senyum. Kita sengaja putar balik ke masa lalu. Ya Allah terlampau banyak kenangan. Rasa macam tak boleh terima. Entah lah ya, kita tak tahu kenapa seolah-olah kita sahaja yang rasa benda ni semua. Kita sedih. Semakin mendalam kita menggali kenangan. Dari darjah satu sampai hari last kat sekolah hari tu. Hari terakhir dengan budak-budak yang bawah kita. Hari terakhir dengan semua! Ya, kita akan rindu kelas kita. Mesti..
Kita teringat perkara-perkara yang dah lama terjadi. Tapi masih melekat di ingatan kita. Gaduh. Entah kenapa pergaduhan lebih banyak terjadi dari benda-benda lain. Normal kot. Kita main kejar-kejar dengan budak lelaki. Ya, Hafizi. Hafizi hadir dalam ingatan kita, walaupun dia dah lama pindah. Kalau kita dengan kawan-kawan perempuan, banyak benda yang manis. Terutama bila ada majlis-majlis yang diadakan di sekolah. Wah, kita tahu kita akan rindu kawan-kawan perempuan kita. Semua! Kita pun bukan budak baik sangat, selalu kena marah dengan cikgu. Dan kita pun takkan lupa benda tu. Never! Kita ingat lagi masa kelas kita nak buat persembahan.. Bestnya! Yang paling buat kita terkesan, masa kita pergi lawatan KL sama-sama. Herm, andai waktu boleh berputar balik. Mesti kita akan ulang peristiwa tu banyak kali. Kita nak banyak-banyak kali ada di sisi kawan-kawan kita. Tak kiralah lelaki ke perempuan. Yang penting, dia juga ada di sisi kita. Sekali lagi, mutiara jernih berjuraian di pipi. Kali ini lebih laju. Kita sebak.
Kita rasa kita tulis keistimewaan kawan-kawan kita. Buat Athirah, awak orang pertama yang pernah jadi best friend kita. Kita akan rindu dengan sikap periang awak. Buat Ily, teruskan dengan sikap manja awak. Kita suka! Kita tahu awak memang macam tu, kita senang dengan perkara tu. Keep it up Ily! Kita akan rindu awak. Buat Aisyah dan Maisarah yang seakan-akan kembar tak seiras, terima kasih sebab banyak kongsi ilmu. Terima kasih lagi sebab kita selalu makan bekal yang korang bawa pergi sekolah. Kita sayang awak berdua. Untuk Syafiqah Han, aku sentiasa terbuka hati maafkan kau. Kita manusia, tak sempurna kan? Buat kawan-kawan lelaki pula. Kita pasti akan rindu Syahmi yang cool dan murah dengan senyuman. Kita akan rindukan Akif yang pendiam. Juga rakan baiknya, Haziq yang nampak ego tapi sebenarnya berhati mulia. Kita akan rindu Haqeem yang gedik dan mengada, tapi sebenarnya dialah yang paling banyak buat orang terhibur. Rindu dengan Amir, penolong ketua darjah yang tak pernah marah orang! Kita mesti rindukan Asyraf yang selalu membebel mengalahkan mak di rumah, tapi sebenarnya baik hati.. Rindukan Zahin, boyfriend Syasya. Tak lupa Fakhri dan Ahmad yang garau suaranya. Dan juga semua orang yang pernah jadi kawan saya. Untuk kesekian kalinya, air mata mengalir lagi. Kali ini kita sedar, dan kita biarkan ia mengalir lebih banyak.
Kita bersyukur kepada Allah sebab kurniakan awak, awak semua. Sangat berterima kasih! Jujur kita katakan, kita tak pernah rasa sebegini bahagia dengan kawan-kawan kita. Erm, kita menangis lagi. Kita hanya mampu doakan yang terbaik buat korang. Jangan lupakan kita. Ada masa, kita hang out sama-sama okay. Tapi jangan malu-malu pulak. Hewhew. Okay, korang. Kita terpaksa berhenti takat ni. Semoga jumpa lagi. Kenang daku dalam doamu~ HEHE. Assalamualaikum and Annyeong higesaeyo :D
LOVELOVELOVE kawan-kawan kita. Nikmati gambar-gambarnya :)
*HARI ANUGERAH SEKOLAH
*beratur untuk amik hadiah..
*Cikgu Zamil, Ustaz Zaidi, Cikgu Azman
*netball training
*dengan makcik kantin
*Yassin sebelum UPSR :)
Assalamualaikum :-* <3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment